Friday, 12 July 2013

Cheezy Chicken Loaf Tortilla...by Jaja'Z Recipe..


Bahan2 nak buat menu ni lebih kurang sama jek 
macam nak buat popcorn chicken tortilla
Cuma kali ni pelbagaikan sikit resipinya dan guna plak
chicken loaf...
tak tau macammana rupa chicken loaf??
takpe2 jangan risau...ni nak tunjuk untuk sesapa yang tak tau yek..

Ni lah mendanya...
chicken loaf with cheese ..
Kalau nak cari kat pasaraya2, cuba tgk kat bahagian frozen..
ada yang jual dalam peket tapi yang ni jaja beli yang timbang2 kati jek..
takde nak beli banyak2 pun. amik chicken loaf ni dua keping dan
meat loaf pun dua keping jugak....

Bahan2 lain yang diperlukan seperti
Kulit tortilla
coral salad
sedikit hirisan tomato
mayonis
sos cili 
dan bahan yang paling penting ialah....
Sos keju jalapeno...

tapi kalau takde sos ni pun boleh jek...
janji sedap ditelan...

Cara nak menyediakannya..mudah ya amat

First, layur kan seketika kulit tortilla di atas pan supaya kulit tu
jadi lembut sket dan memudahkan kita nak menggulung nanti...

Susun salad di atas kulit tortilla tadi...

taburkan tomato dan letakkan sos cili, mayonis dan juga sos keju jalapeno

Akhir sekali baru lah kita letakkan chicken loaf kita tu diatas
dan gulung kemas2 macam kita gulung popia...

Sebelum dihidang, kita panaskan seketika tortilla kita diatas pan..
dan lepas tu boleh la dipotong serong....
Pastu siap dah boleh dimakan....

Mudah kan....??
Menu ni juga antara menu seimbang, ada karbohidrat,sumber2 protin, lemak 
dan vitamin2 dari sayur2an tu..
So, sapa2 yang tengah berdiet, menu ni juga bleh diselitkan dalam menu
diet u all semua...

Menawan hati sungguh tengok isi kat dalam tu....

Frozen Chicken Chop...by jajazack

Terasa pulak nak mencuba frozen chicken chop ni...
last2 kita amik je lah..kita try..mana tau kot2 sedap ye tak...so kali ni,cuba 
frozen chicken chop keluaran D'Apple ni...
Terang2 tulis buatan Malaysia n dijamin halal...so, no worry ok...
jaja pun tgk kat kotak tu siap disertakan dengan sos..kira ok sangat la kan..
takde la jaja pening2 nak pk nak makan dengan sos apa plak...
So, sabtu lepas..jaja pun sediakan la chicken chop ni untuk brunch kitaorang..
pagi2 makan chicken chop okehhhhh
ah gasak la..sebab dua2 laki bini kelaparan...apa yang ada dlm freezer..
kita bedal je lah...

Ingatkan ada ayam dengan sos jek..
aishhh..rupa2nya disediakan sekali dengan fries dan tepung untuk menggoreng..
ni kojo sonang ni...
so, dalam satu kotak tu ada seketul ayam bahagian peha yg dah de-bone..
ada sos masam manis lada hitam, ..fries and tepung untuk coated ayam tu...
Nak buat memang sangat2 senang..
panduaan penyediaan pun ada dah dia bagi siap2 kat dalam tu..
sapa2 yg tak reti buat pun bleh buat punya lah...
Memula sekali ayam tu korang kena taw dulu sampai lembut...
basuh elok2...and jaja gaul dulu ayam tu dalam telur sebelum digaul dengan tepung..

Dengan api sederhana..korang goreng ayam tu sampai golden brown..
elakkan api terlalu besar or else ayam kita hangus kat luar but blah dalam still mentah..

Panaskan sos yang dibagi tu dalam pan dan tambahkan sket air sebab rasa...
sos tu terlalu likat...
  Jika tak berapa suka sangat sos tu rasa terlalu masam manis..
  boleh tambah lagi serbuk lada hitam, sket stok ayam pekat n sket kicap bg hitam :)

Last sekali kita goreng fries...
nampak macam banyak je kan...? sebab nya jaja tambah fries yg dibeli sendiri..
and kalau korang rajin..bleh la buat coleslaw ke...or
tambah mashed potato ke...but kami bedal mana yang ada je lah..
Dah siap tu..then bleh la di hidang kan...

Time2 nak makan tu lah rupa2nya sos cili plak habis..
puas dah ketuk2 botol sos..tu yang sos nya berterabur merata hala tu..
hhhehehhehe

Saiz ayam tu memang cukup untuk seorang makan..
memang kenyang lah...
so, how rasanya???
Seriusly cakap...memang SEDAP!
dengan harga sekotak dlm RM7.50 memang berbaloi dengan rasanya..
dah kira mcm standart chicken chop yang kita selalu makan kat kedai2 jek..
if sos tu tambah dengan mushroom ..jaja rasa lagi sedap...
pehhh..terus terliur dah ni....
Cuba la intai2 kat Tesco ke..care4 ke..mana la tau kot2 ada jugak kan...
jadinya dapat la nak merasa....
 

Resipi : Popcorn Chicken Tortilla...by Jaja'Z

Alhamdulillah..
sekali lagi jaja berjaya mencuba menu baru..
selama ni dok tgk jek orang buat..rupa2nya tak la sesusah mana pun..
dan hasilnya..memang sedap..
bukan nak puji sebab sendiri bikin...tapi pada selera tekak ku ini..
dah kira puas hati la kan...


macam mana nak membuat menda alah tortilla ni..
teramat2 senang sebenarnya...
yang tak reti masak pun bleh buat menda ni sebenarnya..
jom kita semak resipi ...


Bahan2:
1. Beberapa keping tortilla
( banyak ada jual kat pasaraya, bleh cari kat bahagian jual2 roti tu)
2.  Popcorn Chicken AYAMAS
3. Mix Vegie ( salad + tomato)
4. Mayonis
5.Sos keju Jalapeno
( Ramai yg tanya jaja sos ni, jgn risau..nanti jaja buat utk jual)
Salad tu terpulang korang nak guna salad jenis apa..yang jaja guna tu jenis coral lettuce
beberapa biji cherry tomato di potong dadu..

Cara menyediakan :
1. Firstly goreng popcorn chicken AYAMAS sehingga garing kekuningan 
2. 'Layurkan' tortilla di atas pan seketika supaya tortilla agak lembut
dan mudah untuk menggulung.. 
3. Susun kan segala salad, popcorn chicken serta tomato..jangan letak banyak2 sangat
kang susah plak nak menggulung..

4. Dah siap susun segala bahan2..tuangkan mayonis dan sos keju jalapeno
5. Seterusnya boleh la digulung kulit tortilla tu seperti membuat popia.. 
pastikan lipatan kita kemas dan hujung tortilla biarkan dibawah
supaya tortilla tak terbuka dan tak la inti kita tu berteraburan keluar.. 
kemudian panas kan sekali lagi diatas pan seketika..untuk menggaringkan kulit tortilla tu..

Dah SIAP!!!! 

Thursday, 11 July 2013

ReSePi : CoKLaT LaVa KeK

By:
Bahan2 yg di perlukan :

Bekas muffin @ pun kalau korang ada bekas ramekin lg terbaik.. adunan ni cukup utk 3-4 bekas saje..


5 sudu besar butter tanpa garam (unsalted butter)


1 sudu besar serbuk koko


3 sudu besar tepung gandum


3 sudu besar gula pasir halus.. gula kastor pun boleh..

2 biji telor ayam ( di ambik kuning dan putih telor ) + 1 biji kuning telor saje.. kalau boleh guna telor ayam size A (besar)


3.5 oz @ secawan kecik dark coklat.. aku guna brand Beryl's yg aku beli kat kedai bakery..


1 sudu teh esen vanilla/ 1 penutup esen vanilla dan jugak secubit garam


Cara membuatnya :

1. Masukkan gula kedalam kuning telor.. pukul sampai gula tu hancur.. boleh guna mixer @ whisker aje..


Hasilnya selepas di pukul.. sib baik tak masuk icu telor ni selepas di pukul.. kekekke


2. campurkan dark coklat dgn unsalted butter td dlm satu mangkuk kecik, pastu masukkan dlm mikrowave..

Sila cairkan kedua2 mereka.. bg yg takde mikrowave boleh guna kaedah double boiler saje.. paham kannn..


Hasilnya selepas di cairkan.. kacau2 guna sudu kot2 la ada belen coklat yg lom cair lg..


3. Campurkan coklat yg di cairkan td ke dalam adunan telor.. kacau dgn menggunakan whisker / spatula.. senduk pun boleh.. suka hati korang lee..


4. bila dah sebati, masukkan esen vanilla pulak


5. kemudian masukkan secubit garam


6. pastu baru masukkan serbuk koko.. kalau boleh sila ayak dulu..


7. Selepas tu baru masukkan tepung gandum.. ayak jugak.. gaul sebati..


8. Hasilnya..


9. Masukkan adunan ke dalam acuan yg dah di griss dgn butter terlebih dahulu..


10. simpan sekejap dlm peti ais (refrigerator) selama 30 minit atau 5 minit kalau simpan dlm freezer..


11. Sebelum di bakar, sila panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 160 celsius.. masukkan acuan kedalam loyang yg berisi air panas.. bila oven dah panas baru masukkan adunan..


12. Bakar selama 15-18 minit je.. jgn lebih..

Bila kek dah siap di bakar.. kuarkan dr loyang yg berisi air tersebut.. lekangkan acuan kek dgn menggunakan pisau di keliling kek tersebut sewaktu nak keluarkan kek dr acuan.. guna toothpick pun boleh..


13. Hias sesuka hati anda.. kena makan ketika kek masih panas/suam.. di makan bersama eskrem vanilla lg terbaikkk... 
 
Utk panduan, ni aku sertakan link youtube yg aku tgk dan belajar buat kek lava ni.. kalau korang tgk jugak mesti korang akan kata senangnyeee.. bestnyeee.. sedapnyeeee.. hehehe.. so tggu apa lg.. silalah buat..
 

Sunday, 6 January 2013

Resepi: Apam Gula Hangus

Koleksi Buku Resepi
Oleh: Muza Muzawati

2 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.
Cara-cara

Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

Selamat mencuba! :)

Resipi: Laksam


 
Oleh: Tina Armizall (resepi shj)
Koleksi
Buku Resepi 

Bhn utk Laksam:
500gm tepung beras
50gm tepung gandum
Air..(xreti nk bajet sbb main agak2 je)
Sedikit minyak utk dioles pd tudung periuk.

Cara2 utk Laksam:
Cmpur kan tepung beras+tepung gandum,kacau sebati.
Masukkan air sambil mengacau tepung.
Adun sehingga tepung cair mcm nak buat kuih lapis.

Bhn utk kuah:
1/2kg ikan selayang/sardin(direbus &ambil isinya)
3ulas bwg merah
2ulas bwg putih,
sedikit halia
2cwn santan
1keping asam keping
beberapa biji lada hitam
garam &gula secukup rasa.

Cara2 buat kuah:

Semua bhn2 diatas dikisar bersama kecuali santan,asam keping,&lada hitam.
Tumbuk lada hitam,masukkan dlm campuran bhn kisar tadi.
Masukkan santan,asam keping,masak hingga mendidih.

PERHATIAN:kuah hendaklah sentiasa dikacau bg mengelakkan ia berketul.

enak dihidangkan bersama ulaman seperti kcg pnjang,tauge,timun btg&sambal belacan.